24 May 2011

Kisah Perhentian Bas

Pada suatu hari, saya jalan-jalan seperti biasa di hari biasa tanpa ada yang luar biasa semuanya sangat-sangat biasa. Secara tiba-tiba, saya nampak sangat ramai orang di hentian bas biasa yang tidak juga luar biasa. Saya pun meneruskan perjalanan seperti biasa lagi. Saya berjalan-jalan dan jalan, kemudian sampai ke hentian bas yang dibayangkan. *Ana. Apekah dengan ayat kau!*

Tiba-tiba secara luar biasa saya di tegur, "ANA" , saya mula merasakan satu kepelikan kerana kebanyakkan kanak-kanak UIAM memanggil saya Farhana, kurang 51% yang memanggil Ana. Baiklah. Berbalik kepada teguran Ana yang amat memusykilkan, dengan serta merta saya berpaling ke belakang dari pandangan saya yang di depan tadi. Kemudian. "Ceh, kau!" 

Bermulalah perbualan kitorang, seperti biasa tiada topik luar biasa atau perbualan luar biasa.

Orang A : Kau dari mana atau nak pergi mana? *Logiknnye bila di hentian bas*
Aku Chun : Aku baru balik kerja. Biasa ar budak praktikal. Kau?
Orang A : Aku pun baru balik praktikal gak. Kau buat kat mana?
Aku Chun : kat Gombak je. Kau baru start ke?
Orang A : Yup. Baru start hari ni.
Aku Chun : Oh! Patut lah ramai je secara tiba-tiba orang.
Orang A : Kenapa? Kau dah lama start ke?
Aku Chun : Yup! Sangat-sangat lama. Dah 4 bulan kotttt… *huruf 't' perlu banyak*
Orang A : Gilak ah kau. Lama nye. Aku yang sehari baru bermula pun dah sangat kebosanan.
Aku Chun : Kau buat dkt mana.
Orang A : di “…………………” ..
Aku Chun : Wah! Wah!

*meneruskan sembang untuk beberapa minit sehingga bas menunjukkan tayar nya*

Kesimpulannya di sini bukan di situ atau di sana, practikal 6 bulan sangat memenatkan mengira hari habis. Oh. Lagi banyak hari nak habis, kalau nak di pangkah-pangkah dkt calendar tu, dah habis dakwat pen pun, praktikal masih belum habis.

Oh! Sangat penat menulis entry dalam bahasa yang sangat skema walaupun tunggang langgang. Ah kisah ape. Janji SPM dulu BM aku A1. hahaha *gelak jahat*

1 comment:

kikin said...

mengikut perngiraan sy... tinggal lagi 10 hari bekerje utk sy (tolak cuti)... so... hahahahahahahaha....