Chun!

30 July 2010

BBQ dan mandi sungai. oh gembira!

Pada pagi tadi, saya dan kawan-kawan telah pergi ke Sungai Pisang, Gombak untuk BBQ dan mandi sungai.kami sepatutnya bertolak pada pukul 9.30 pg. Oleh kerana sebab yang tidak diketahui kami bertolak pukul 10.50 pagi. oh saya sangat marah ketika itu. Saya benci orang lambat! 

Gila! Kalaulah aku buat soalan essay time sekolah dulu macam neh agak-agak aku dapat berapa kan penulisan. hehehe. mesti cikgu panggil aku jumpa dalam bilik kaunseling ah! Meluahkan perasaan tidak puas hati aku. hahaha. Siapa paham aku sila baca. Siapa tidak paham abaikan. okeyy.

Kami tiba di sana pada pukul tidak tahu. Lupa lak. Kami pergi 2 buah kereta dahulu dan sebuah kereta agak kemudian kerana mereka ada kelas. Jadi kami yang awal telah membakar ayam terlebih dahulu menyediakan tempat. Sangat seronok. hehehe.

Tiba-tiba..bak kata orang mengharapkan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari. Kereta yang bertolak agak lewat dan terpaksa singgah di banyak perhentian kerana kami tertinggal barang, rosak di perhentian yang terakhir sebelum tiba di tempat kami semua.

Weyhh. Sudah-sudah aku penat nak tulis ayat panjang-panjang. yang penting masalah selesai dan kami semua dapat memakan BBQ sekenyangnya dan kami mandi sungai dengan puas sebelum hujan turun dengan lebat. 

Kami sangat gembira. Sekarang aku nak pergi solat asar dan tidur. Sangat penat dan mengantuk. Gambar nanti upload. Aku tak ambik lagi. hehehe.


29 July 2010

tiga minggu dan minggu ketiga

Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah aku telah membuat keputusan dan berdoa itu adalah yang terbaik. *wah!* Ayat nak gempak je kan. Bukan begitu wahai kawan-kawan, tapi saya seperti nama di atas bersyukur kerana telah berjaya mendapat kata putus bagi masalah sebelum ini. *ha! ambik kau besar ke masalah* ek eh. Masalah ke itu?

Kepada sesiapa yang pernah atau belum membaca entry sebelum ini  Sem Baru dan Buat Pilihan di sini saya nak umumkan bahawa saya telah berjaya mendapat pilihan yang tepat dan schedule saya telah tersusun walaupon tak cantik. Sekian terima kasih. 

Akhirnya keputusan di ambik untuk drop satu subject. Saya telah memilih untuk mendrop  Strategic Management dan semalam telah selesai menghantar manual drop form ke general office. Alhamdulillah. Semuanya selesai.  *ceh ape saya2 neh* adooiiii~~

Baiklah. Sekarang aku tinggal 6 subjects je. So agak biasa bagi aku yang pemalas. wee~ tedak berat tedak ringan. ooyeah. Doakan dan usaha yang terbaik. sekian terima kasih.

Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon maaf dari semua kerana sudah lama tidak membalas kunjungan serta sudah lama tedak menaip2. *kau bajet da orang je nak baca*    

Ek eh. Aku tak bebel lagi ek kenapa dengan tajuk. Alamak maaf lari tajuk. Ha! neh yang aku nak cerita neh. Kelas LE 4000 aku. English for Academic Purpose yang aku add manual dan yang dapat seleas masa add drop serta yang menyebabkan aku terpaksa buat pilihan. 

Cerita bermula bila aku dapt section 45 untuk eap. Aku pon pergi ke kelas di Kuliyyah Engine. Aduh. Problem! Sesat kot! Then dah jumpa kelas aku tengok ramai gila ok dalam kelas. Tak kisah lah. Layan je. Mula- mula lecturer lain. Then lecturer lain pulak yang msuk. Fine! Aku oke je lagi. Tibe-tiba lecturer tuh bebel2 tanya section berapa dan nape ramai sangat. Manalah kami tau! Kami pon datang sebab tengok dalam confirmation slip oke.

Then, next class nye aku pergi lagi dia bising-bising cerita siap kira-kira yang kelas tak sepatutnya ramai dan workload keje dia. Lecturer tuh baik. Tapi siyan jugak kat dia. Mana aku tau. Keje Celpad kot. Oka tak kisah. But kami seperti di anak tirikan. Aku bukan bawang putih. hehehe.

Tapi akhirnya hari ni, semalam teah meset aku cakap kelas tukar venue. Aku check confirmation slip. Yes tukar venue. Tak perlu sempit2 dah.  Tapi kelas di law. Kena kejar2 bus.! tak perlah janji kelas oke selepas aku pergi tadi!


Itu cerita tiga minggu dan minggu ketiga. Sekarang dah 3rd week tapi aku penat macamlah week 8. Adoyy!!

 

26 July 2010

Saya serius ni..*sambil buat muka serius*

Saya serius ni..*sambil buat muka serius* .. oke.. Sangat serius teramatlah. hehehe. Apehal kau nak serius2 neh ana oii.. Aku buat muka serius mintak belas kasihan semua orang tolonglah berikan topic yang sesuai untuk eap aku. 

Ciri-ciri yang diperlukan :
1) Untuk argumentative essay
2) berkaitan dengan accounting
3) Senang mencari journal.
4) tak terlalu complicated *aku malas*
5) Mestilah menarik

Gila tak beragaklah. Siap bagi ciri-ciri tuh. Tolonglah siapa-siapa yang chun bantu aku. terdesak *desperate* chewaahh..!! Sok nak pergi kelas mesti kena ada topic tuh.  Kalau tak takur sir letak dalam cupboard *muatke aku* hahaha.. Sir aku tak kejam macam tuh. Tapi i need topic yang menarik untuk di discusskan. 

Kesimpulannya, di sini saya menyeru kepada para accountant atau sesiapa yang terlibat dengan account atau sesiapa yang mempunyai banyak idea segala jasa kerjasama anda amatlah saya hargai selamanya. Tolonglah saya yang dalam kesusahan. heee~

Sekian terima kasih!


21 July 2010

Kenapa kena buat pilihan..

Ingat lagi masa sekolah dulu, kaunselor pernah cakap. "Hidup ni sentiasa ada dua atau lebih pilihan. Antara ya atau tidak, betul atau salah, nak atau taknak. Kita cuma disuruh pilih dan buat keputusan. Tiada istilah atas pagar atau tak tahu." Sekarang inilah yang aku tengah dok rasa, tengah dok fikir. "Nak tamak terima dua-dua atau pulih satu je?"

Gila! Ha ambik kau.Dah macam nak kahwin je ayat aku. Situasi aku sekarang sebenarnya bermula apabila .......

Ingat tak aku pernah cerita pasal sem baru, baiklah kalau tak ingat pendeknya aku malas nak cerita otak tengah serabut.huhuhu. Cerita sekarang adalah dulu aku apply nk add manual satu subject tapi sehingga waktu add/drop selesai aku tetap tak dapat subject tuh. So aku give up dan berserah jelah. Aku add subject lain. Tapi tiba-tiba malam tadi aku check confirmation slip aku, aku dapat subject tuh baru di add. Jadi keadaan aku sekarang adalah aku patut teruskan sem ni dengan 7 subjects yang aku rasa berat atau aku drop satu subject dan hanya ambik 6 subjects?? 

Masalah aku lagi, aku tak tau nk drop apa? Aku sayanglah pulak nk drop satu lagi subject aku tu. Jadi. Tolong! Tolong! Tolong! 

19 July 2010

Mantra dan bogel

Oh. Sangat lama tak online. Sangat sudah melupakan blog. Maafku pinta kepada yang datang melawat tak sempat nak balas kunjungan. Keadaan schedule yang serabut dengan kehampaan tak dapat kelas ditambah ketiadaan broadband menyukarkan hari-hariku. hahaha. Gila ah. Layak masuk bersamamu tak?? boleh an. an. an... Gila kontroversi je tajuk. kan..

Alhamdulillah. Schedule dah ditetapkan. Terima je dengan redha. Doa-doa ada hikmahnye. huhuhu.. Oke-oke. Selepas  shedule dah oke jadi seterusnya apekah anak-anak?? 

SHOPPING!!
MOVIE!!
TIDUR!!

Pandai anak-anak mak. Yay! Tahniah-tahniah..hehehe...

Baiklah. Ke JJ Wangsamaju sudah..Ke Jalan TAR sudah..yay yay...So kemana kita lagi anak-anak??

WANGSAWALK!!
KLCC!!
PAVI!!

Oh. Sangat pandai anak-anak.. Sekarang mari kita ke Wangsawalk pada h ari jumaat. Menemani kawan-kawan shopping. Oh. Sucinye hati. hehehe..

Meh sini dekat-dekat sikit. Neh cerita hot neh. hehehe..Pada hari sabtu yang lalu, saya dan pikot ke pavi untuk menonoton mantra. Yeah! cerita itu agak menarik dan lain dari cerita melayu lain. Chewwaahh! Ape yang lain agak-agak. hahaha. Abaikan oke. So nasihat aku sape rasa-rasa teringin nak tengok mantra sila ke pawagam yang berdekatan. hahaha. Aku malas nak cerita. 

Tapi pada akulahkan, mantra agak bestlah. So silalah tengok tau. Sila..sila..hehehe...*tinggalkan tergantung*



16 July 2010

Floria | Bunga-bunga dan aku !


Pada hari sabtu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke rumah saudara yang berada di Bangi. hahaha. *Gila bapak skema nye ayat* Oke-oke secara serius nye memang aku pergi wedding pon saudara emak sabtu dulu tapi itu bukan tajuk utama. Tajuk utama dan topic penting yang akan dibincangkan pada hari ini adalah berjalan-jalan di floria 2010 putrajaya berbaju kurung..ooyeah!!


Bertemu kawan baru..


Bersama my aunt n my adik!

Aunty ku~

Adikku. Siapa besar?

And
.
.
.
.
..

Yang paling penting adalah semua gambar bunga. yay!
Aku tak suka Bunga!




 

Oke kurang banyak gambar bunga. AKu sebenarnya tak suka bunga. Tapi layankan aunty dan adik. So layan juga pic bunga..hehehe..


Opss..Bunga ini bukan untuk display oke.~

Semester baru ~ oh

Oh~ Berminggu-minggu tak update encik blog. Maaf. Bukan niat nak melupakan tapi sejak si broadband di bawa  lari oleh adik ke uni nya. Ku hilang sumber untuk online. So redha jelah tanpa internet dan tanpa mengupdate kamu encik blog. Maafkan daku.

Wah! *eksaited-eksaited* Sudah lama tak update blog. Dah tak ada orang nak baca blog ku dah. woohuu! Sedih-sedih. Marilah datang beramai-ramai bawak orang kampung sekali baca ini blog. Konpem akan rasa annoying gila perempuan neh selepas 5 minit pembacaan. Oke sila muntah di tempat yang selamat oke.

Yeay! Semester baru yang dah seminggu juga menyebabkan aku tak dapat nk update blog. Keadaan Lab yang sentiasa penuh dengan aku yang hidup tanpa broadband menyebabkanb aku tak update. Macam-macam dah jadi. Aku yang dah level 4. Subject yang malu-malu segan tak dapat nak add. Manual regis. Aku semakin gemuk *oke sila abaikan*

Aduhh. Tekanan bila subject yang sememangnya aku taknak ambik tapi terpaksa ambik then tak dapat nak add. ha! paham tak paham. Oke kalau tak sila abaikan. huhuhu. Kesimpulan yang dapat di ambik adalah. Aku tak dapat nak add satu subject penting.!!

Semester neh aku baru je 5 subject. Kalau dapat yang aku add manual dapatlah. Doa-doalah dapat. huhuhu. Kalau tak 5 je kot aku ambik. Cam dah malas nk add banyak-banyak. Merajuk dengan UIA dah. hahaha.

Baru je 5 subjects. Aku perlukan 6. huhuhu.

Ape-ape pon aku rasa schedule aku sangat serabut this sem. huhuhu. So mari kita belajar je ape yang patut sampai grad. InsyaALLAH...

04 July 2010

Argentina kalah!

Oh. Jarang sekali untuk aku tengok bola dari awal sampai habis. Tetapi keranamu Argentina aku duduk di depan TV. Kenapa kau kecewakan aku! oh~messi..

Adeh. Sedih tgk Argentina main. Kurang menarik. Tapi aku tetap sokong! Messi!~

Hamek kau. 4-0 okayy. Sangat tak boleh terima kenyataan!! 

Okayy sudah-sudah.

Taknak dah tengok bola. 

Argentina dah tak ada. 

Tapi.

Spain bagaimana pula ye?

Donashi Yang Comel!!

Aku tak tipu. Aku cakap Donashi ini comel. oh~



Tengoklah betapa comel nya dia.


Tapi aku kurang ingat rasanya. hee. tak habis pon kitorang makan, hehehe. Yang aku tau bende oren kecik-kecik tuh macam manik atas cake selalu. Yang oren besar-besar kawanku kata agar-agar je. Ada yang di potong kecik-kecik tuh cherry. *aku tk suka*. Then yang atas krim tuh kaler hijau aku rasa macam kiwi *sedap*..

Benda dalam dia. Ada yang chocolate, krim, custard kot..aku pon tak sure. Yang aku tau aku tak suka krim luar dia. huhuhu. Aku lagi suka tanpa krim putih itu. hee~

tapi yang aku tau. Donashi ini agak muak jika dimakan banyak-banyak.

Kerana kecomelah Donashi + cappucino ku. oh~sedap!!

03 July 2010

Terabai.*ampun*

Oh.Semalam tak update blog kesayanganku. kesian. kesian. buzy neh. hahaha. aku buzy time cuti. *apekah*..hahaha. oke aku tipu. aku tipu. takperlu percaya.

Blog terabai. Petang semalam keluar bersama Siti Sani dan Miza Nadia. Berjalan. Melepak. Memakan Donashi. Tapi pic tak dapat nak upload lagi aku malas nak pegi amek handphone kat atas. *pemalas*. So aku cerita jelah. 

Aku bajet Si Comel Donanshi tuh sedap lah sangat. Tetapi rupa-rupanya, kurang kena dengan selera aku kot. Dia punya topping aku tak suka sangat krim putih tuh so aku kurang berminat, then bende dalam dia aku rasa cam banyak gilak. Aku termuak. huk huk. Tapi  yang penting Si Donashi itu comel.

Okayy..aku cerita tentang si comel je. but ape-ape yang pelik kami lakukan di sana sehingga kami bertiga berbau kopi tidak akan di ceritakan. okayy FULLSTOP! hahaha.

Then, kami pergi menonton Toy Story 3 (3D) ooyeah! sangat pelbagai perasaan duk tengok citer tuh. Gilak ah. Sedih pon ada. Lawak pon ada. But citer tuh memang besh!

Then kami memakan n menjalan di TC sambil berpusing-pusing di Kuantan. Thanx tu cik driver. Jasa anda saya hargai. wee~

Malam tuh balik sebelum pukul 11, pukul 10:30 abah kol. Okay. Dah perlu pulang ke rumah. So kami pon pulang. Gila tak best kan cerita. Tiba-tiba tak ada idea nak tulis ape. penat kot pergi shopping with mak dan adik-adik. Balik2 nak update blog pula. hahaha. Ana-ana. Boleh je.

01 July 2010

Rambut dan Mahkota?

Kenapa orang cakap rambut mahkota wanita?
Sangat berharga ke rambut?

Aku tak tahu lah ape pendapat korangkan. Aku nak bebel ni pon kerana satu sebab tapi pada pendapat aku rambut memang mahkota wanita. Rambut sangat berharga bagi seorang wanita *aku ke*..huhuhu. Aku juga nak cakap. Aku peliklah. Kenapa?? Sebab ramai orang sependapat dengan aku. Kebanyakan perempuan akan cakap rambut mahkota wanita dan sangat berharga tapi yang memelikkan aku......

 Kenapa tak ramai yang menghargai rambut? Kenapa ramai yang mendedahkan rambut? Bukan ke kalau benda berharga kita mestilah nak jaga dan nak pelihara baik-baik ke? tapi aku tengok ramai je yang tak kisah nak jaga. Siap kasi orang tengok free je. Tanpa bayaran selama mana. Haish. Itu aku pelik tuh. Biasanya, bende yang berharga dijaga dengan baik. rapi. susah untuk di lihat, jarang dipertontonkan. Cuma yang terbaik dan yang bertuah je berjaya melihat. 

So, sebagai perempuan bukan ke rambut patut disimpan, dijaga, disorokkan, dilindung dari pandangan bukan muhrim ke? barulah menjadi lebih berharga tau! ooyeah!! 

Hahaha. Tengok aku dah melalut intro 3 perenggan lagi, hahaha. Aku cakap pasai rambut sebab aku telah berjaya menggunting rambutku. kah kah. Sudah pendek. Lama tak berambut pendek. Ek eh. Neh kira2 mendedahkan rambut gak ke? oh. Harapnye tidak. Aku taip tak semestinya betul.hahaha.

Dulu :
curi from pakcik google.
Panjang. Serabut. Bukan mahkota.

Sekarang :


curi from pakcik google.
Pendek. Masih serabut.Tetap bukan mahkota.


Hahaha..Kedua-dua pic di atas bukan ar gambaran sebenar rambut aku. Tapi cam best je nak letak pic. ooyeah! So aku letak lah. Huh. Yang penting aku tak layak nak bercerita pasal rambut. !!

Blog Aku Cute bukan Chun? tidak!

Blog aku cute. Biar Betul. Aku Chun je. 
Tapi.
Terima Kasih kepada pemberi award.
Saya sudi terima.
Award diterima daripada Encik/Cik/Tuan/Puan Sailormoon.



Soalan adalah untuk dijawab :

1) ceritakan bagaimana usaha korang untuk mencomelkan blog korang.
Blog neh semulajadi comel. Ahaks.Like tuan like blog.! ooyeah!

2) website yg korang slalu pegi utk membantu korang mengedit blog.
Tak pernah edit blog lebih2. Guna ape yang ada je.

3) tuliskan lima perkataan yang menggambarkan diri korang.

1) Chun. *oke. aku tau*
2) Suka bercakap. Tak boleh stop bercakap.
3) Tidur itu hobi.
4) Blogging menjadi menarik.

5) Suka menhabiskan cuti di rumah.

4) Tag orang-orang korang yg korang rasa patut menerima award ini.

Aku tag korang. Kalau sudi mengaku blog korang cute, sila terima ek.hehehe.





Tag dari DAISY

Syukran Daisy...

1. Adakah anda rasa anda HOT ?
Semestinya tedak.

2. Upload wallpaper yang anda gunakan sekarang.


3. Ceritakan pasal wallpaper.
Hitam. Kosong. Tak serabut.

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Sudah Lupa. Sangat Lama.

5. Wayang paling last anda tonton ?
Lagenda Budak Setan. Bosan.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
Goreng Ayam.

7. Selain nama sendiri dipanggil nama apa?
Chun. *tipu*

8. Tag lagi lima orang!!
1) Dot 
2) Zayani
3) Yon 
4) Xaty
5) empat je boley? huhuhu..

9. Siapakah orang no 1 pada anda?
Classmate yang comel. Group member yang best!Kawan yang baik!

10. Katakan sesuatu pada orang no 2
Aku rindu kau!

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
Bf nya!

12. Bagaimana pulak dengan no 4
Sedang dikenalpasti.

13. Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
1) suka blogging
2) rajin blogwalking
3) blogger
4) nuffnang *tiru*
5) trafik *tiru*

14. Perasaan anda bila menjawab tag ini
Siap! ooyeah!!