16 July 2010

Semester baru ~ oh

Oh~ Berminggu-minggu tak update encik blog. Maaf. Bukan niat nak melupakan tapi sejak si broadband di bawa  lari oleh adik ke uni nya. Ku hilang sumber untuk online. So redha jelah tanpa internet dan tanpa mengupdate kamu encik blog. Maafkan daku.

Wah! *eksaited-eksaited* Sudah lama tak update blog. Dah tak ada orang nak baca blog ku dah. woohuu! Sedih-sedih. Marilah datang beramai-ramai bawak orang kampung sekali baca ini blog. Konpem akan rasa annoying gila perempuan neh selepas 5 minit pembacaan. Oke sila muntah di tempat yang selamat oke.

Yeay! Semester baru yang dah seminggu juga menyebabkan aku tak dapat nk update blog. Keadaan Lab yang sentiasa penuh dengan aku yang hidup tanpa broadband menyebabkanb aku tak update. Macam-macam dah jadi. Aku yang dah level 4. Subject yang malu-malu segan tak dapat nak add. Manual regis. Aku semakin gemuk *oke sila abaikan*

Aduhh. Tekanan bila subject yang sememangnya aku taknak ambik tapi terpaksa ambik then tak dapat nak add. ha! paham tak paham. Oke kalau tak sila abaikan. huhuhu. Kesimpulan yang dapat di ambik adalah. Aku tak dapat nak add satu subject penting.!!

Semester neh aku baru je 5 subject. Kalau dapat yang aku add manual dapatlah. Doa-doalah dapat. huhuhu. Kalau tak 5 je kot aku ambik. Cam dah malas nk add banyak-banyak. Merajuk dengan UIA dah. hahaha.

Baru je 5 subjects. Aku perlukan 6. huhuhu.

Ape-ape pon aku rasa schedule aku sangat serabut this sem. huhuhu. So mari kita belajar je ape yang patut sampai grad. InsyaALLAH...

No comments: