30 July 2010

BBQ dan mandi sungai. oh gembira!

Pada pagi tadi, saya dan kawan-kawan telah pergi ke Sungai Pisang, Gombak untuk BBQ dan mandi sungai.kami sepatutnya bertolak pada pukul 9.30 pg. Oleh kerana sebab yang tidak diketahui kami bertolak pukul 10.50 pagi. oh saya sangat marah ketika itu. Saya benci orang lambat! 

Gila! Kalaulah aku buat soalan essay time sekolah dulu macam neh agak-agak aku dapat berapa kan penulisan. hehehe. mesti cikgu panggil aku jumpa dalam bilik kaunseling ah! Meluahkan perasaan tidak puas hati aku. hahaha. Siapa paham aku sila baca. Siapa tidak paham abaikan. okeyy.

Kami tiba di sana pada pukul tidak tahu. Lupa lak. Kami pergi 2 buah kereta dahulu dan sebuah kereta agak kemudian kerana mereka ada kelas. Jadi kami yang awal telah membakar ayam terlebih dahulu menyediakan tempat. Sangat seronok. hehehe.

Tiba-tiba..bak kata orang mengharapkan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari. Kereta yang bertolak agak lewat dan terpaksa singgah di banyak perhentian kerana kami tertinggal barang, rosak di perhentian yang terakhir sebelum tiba di tempat kami semua.

Weyhh. Sudah-sudah aku penat nak tulis ayat panjang-panjang. yang penting masalah selesai dan kami semua dapat memakan BBQ sekenyangnya dan kami mandi sungai dengan puas sebelum hujan turun dengan lebat. 

Kami sangat gembira. Sekarang aku nak pergi solat asar dan tidur. Sangat penat dan mengantuk. Gambar nanti upload. Aku tak ambik lagi. hehehe.


No comments: