Chun!

15 May 2014

Vietnam saya

cerita mula secara tiba-tiba. Hari tu makcik saya whatapps ajak gi vietnam. Sekian sekian date. Fikir tak berapa nak panjang. Reply ok sepertii orang kaya yang banyak duit yang dalam drama melayu nak pergi luar negara macam tu je. ok.
Lepas tu kitorang pun book tiket flight. Kitorang ambik MAS sebab makcik saya suka naik MAS. Hoi MAS! Aku promote kau ni.

Kami pergi dengan kawan dia sekali. Kawan dia dah book bilik hotel sekali. Kitorang je belum. So, kawan dia suruh book hotel kat Booking.com. Tiba makcik saya whatapps, hotel yang kitorang nak tu dah full. Kebetulan saya tengah online masa tu. Try lah tengok kat Agoda, pun full. Then, tengok kat AsiaRooms, oh Alhamdulillah ada. Cepat-cepat kitorang book.

Ok selesai cerita masa plan nak pergi. Ini cerita pergi sendiri tanpa pakej.

Sebelum :

1. Tetapkan date
2. Book flight  (MAS)
3. Book hotel (Hotel Saigon Pink 2)

Date dengan flight tu bergantung sebab sesetengah orang book flight dulu sebab nak tambang murah. Book hotel kena cepat kalau nak hotel murah n selesa.

Gambar dalam fon n camera. Tak boleh nak share.