21 March 2012

Blogger

Selalu terfikir sorang-sorang. Pernah pulak nak fikir beramai-ramaikan. Sambung, selalu je terfikir nak ada blog yang ramai orang baca, ini blog ni, aku rasa macam tak ada je orang baca. Tapi tujuan aku tulis blog ni mula-mula sebab macam menarik je tulis blog. Bila dah ada blog baru aku tahu, susah nak tulis blog. Tengok ar ayat aku dari atas sampai bawah ni sekarang ni, berterabur, selekeh, serabut. hahaha.

Tetapi sekarang aku sedar kenapa blog aku tak ada orang baca sebab kerana :
  1. Tak ada apa yang menarik berlaku dalam kehidupan seharian aku untuk menarik ditulis dan dibaca
  2. Aku tak ada result SPM yang tinggi atau CGPA yang gempak nak buat orang baca blog aku
  3. Aku tak ada pakaian warna-warni atau gambar cantik-cantik nak tarik minat orang baca blog aku
  4. Aku tak pandai nak menulis 
  5. Aku tak ada suara sedap nak upload video banyak-banyak
  6. Aku tak ada suami kacak dan anak yang comel nak diceritakan kisah mereka
  7. Aku tak ada camera mahal nak upload gambar
  8. Aku tak pergi melancong ke luar negara untuk diceritakan
  9. Aku tak pernah naik kapal terbang
  10. Aku tak pergi makan tempat-tempat mahal nak letak gambar makanan yang cantik dan mahal 
  11. Aku tak pergi kelas naik kereta
  12. Aku tak ada barang-barang comel di bilik
  13. Aku tak ada banyak buku nak review
  14. Aku tak ada kasut cantik
  15. Aku tak ada ramai peminat  dekat facebook
  16. Aku tak ada ramai follower di twitter
  17. Aku tak ada internet di bilik
  18. Aku tak ada haiwan peliharaan comel, hanya ada nyamuk yang banyak
Oke sekarang sebelum aku masuk perkara-perkara mengarut baik aku berhenti di sini! Yang perlu semua orang tahu, jika ada yang membaca. Ini blog aku! 

02 March 2012

cerita kedai kopi

cerita kedai kopi lah sangatkan, padahal duduk melepak di cafe sebab perlukan internet. Di bilik tak dapat internet. Ye wifi uia memang teruk! Hamek kau!

Bila duduk dekat cafe ni macam-macam cerita boleh dengar dari ceramah, gosip, business, korea, 'jeritan perempuan gedik' dan macam-macam lah. 

Yang aku buat. Duduk, mata tengok laptop, telinga dengar-dengar. kadang-kadang kelakar, kadang-kadang rasa nak menyampuk kasi tau kebenaran, kadang-kadang menyampah!