01 July 2010

Rambut dan Mahkota?

Kenapa orang cakap rambut mahkota wanita?
Sangat berharga ke rambut?

Aku tak tahu lah ape pendapat korangkan. Aku nak bebel ni pon kerana satu sebab tapi pada pendapat aku rambut memang mahkota wanita. Rambut sangat berharga bagi seorang wanita *aku ke*..huhuhu. Aku juga nak cakap. Aku peliklah. Kenapa?? Sebab ramai orang sependapat dengan aku. Kebanyakan perempuan akan cakap rambut mahkota wanita dan sangat berharga tapi yang memelikkan aku......

 Kenapa tak ramai yang menghargai rambut? Kenapa ramai yang mendedahkan rambut? Bukan ke kalau benda berharga kita mestilah nak jaga dan nak pelihara baik-baik ke? tapi aku tengok ramai je yang tak kisah nak jaga. Siap kasi orang tengok free je. Tanpa bayaran selama mana. Haish. Itu aku pelik tuh. Biasanya, bende yang berharga dijaga dengan baik. rapi. susah untuk di lihat, jarang dipertontonkan. Cuma yang terbaik dan yang bertuah je berjaya melihat. 

So, sebagai perempuan bukan ke rambut patut disimpan, dijaga, disorokkan, dilindung dari pandangan bukan muhrim ke? barulah menjadi lebih berharga tau! ooyeah!! 

Hahaha. Tengok aku dah melalut intro 3 perenggan lagi, hahaha. Aku cakap pasai rambut sebab aku telah berjaya menggunting rambutku. kah kah. Sudah pendek. Lama tak berambut pendek. Ek eh. Neh kira2 mendedahkan rambut gak ke? oh. Harapnye tidak. Aku taip tak semestinya betul.hahaha.

Dulu :
curi from pakcik google.
Panjang. Serabut. Bukan mahkota.

Sekarang :


curi from pakcik google.
Pendek. Masih serabut.Tetap bukan mahkota.


Hahaha..Kedua-dua pic di atas bukan ar gambaran sebenar rambut aku. Tapi cam best je nak letak pic. ooyeah! So aku letak lah. Huh. Yang penting aku tak layak nak bercerita pasal rambut. !!

10 comments:

SS said...

rambut mahkota wanita sebab tu kena shampoo hehehe

AKU CHUN said...

hahaha.terbaek.shampoo memang perlu! hehehe..

Ieqa Swetluv said...

sebab tu kena pandai jaga rambut ngee

yoro okino said...

rambut aku pnjng nak kna g potong gak nie..

Nur Suaidah Bachok said...

tak layak ke nak cerita? pdahal kau dah cerita pun. beb, papehal pun aku setuju!! hahahaah~ senang kau tulis je tutup aurat. heheh :)

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

bukan mahkota wanita dekat payudara ker?hahaha

ok aku bukan wanita. (sambil duduk diam diam dekat penjuru bilik)

shaa bonitaa said...

rambut yg cantik akan buat kita nmpak cntik..heeee~

tehr said...

betul tu
wanita sekarang selalu je nak dedahkan apa2 yang mereka ada

tak sayang ke orang tengok? free...

kerangRebus said...

haiP :)
satu badan sume i kire mahkota wanita..ehee..

AKU CHUN said...

ieqa : setuju!!

yoro okino : kah kah..sila sila potong.

Achu : hahaha..aku guna bahasa sirat lebey arr..aku terbebel je.tak citer abes ag..

Fakhrurazi :anda bukan wanita. sila jaga mahkota anda apa-apa je.

shaa bonita : ku setuju!!

tehr : itulah free je..mestilah kena mahal sikit kan kan..

kerangRebus : yeah! setuju!!