Chun!

04 May 2010

Aku Suka BM!

hahaha...title tak ley blah! ini kalau cikgu-cikgu BM aku dulu dan sekarang baca semestinya aku akan dapat A untuk subjek BM aku..hahaha!!

Aku tak tahu ar muka aku dalam kelas BM td blur tahap ape.

kata majmuk, kata tunggal, kata ganda, kata terbitan *apekah?*

pernah ke aku belajar semua tu? sejak bila.zaman ape?bila? bila? huk huk...

sekarang aku sudah faham kenapa bahasa melayu ni jadi susah!

Dulu aku belajar :
rukun negara
Sekarang aku belajar :
rukunegara

Dulu aku belajar :
Keluarga
Sekarang aku belajar :
famili


Nampak tak perbezaannya? bukan aku tak pandai BM tapi kalau BM sentiasa berubah macammana aku nak jadi pandai. Last aku belajar BM untuk SPM 2005 dan sekarang dah tahun 2010 aku baru nak belajar semula... sangat banyak perubahan!

Aku bukan tak suka perubahan. Tapi kalau sentiasa diubah sampai menyusahkan dan sampai menyebabkan orang hilang respect pada bahasa kita sendiri ADAKAH PERUBAHAN ITU MASIH LAGI PERLU?

Persoalan Aku Sekarang :
1) Adakah perlu 'memelayukan' perkataan bahasa inggeris sedangkan Bahasa Melayu itu sendiri sudah unik dan maknanya sangat jelas?
2) kenapa bahasa melayu sentiasa berubah?
3) Kenapa mesti malu dengan bahasa kita?

hahaha...sangat serius aku tulis entry ni. Inilah akibatnya bila aku ambil subject Bahasa Malayu.
Aku bukan tak suka inggeris atau tak pandai Bahasa lain..tapi.....

Kenapa Mesti Nak Malu dengan Bahasa sendiri sehingga nak terikut2 bahasa lain sampai menyebabkan perubahan??
ini blog aku. aku hanya meluahkan apa yang aku rasa! jangan ambik ati. kalau tak setuju simpan je. aku tak nak tahu.. okayy~~

2 comments:

Wan Haffiz said...

bahasa ialah satu perubahan..sentiasa berubah dr masa ke masa..sbb tu la math lg best..sbb x penah berubah...1+1 still 2 sejak dr zaman Y2K agi..huahua

aku yang menulis said...

hahaha..tahu tak aper.but belajar english n arabic tader lah perubahan mane pon. setuju2 sbb tu maths lagi seronok! hehehe..