16 May 2010

Buat Yang Tersayang..^^

oh guru..
kau umpama lilin..
yang membakar diri demi kami..
yang memberi cahaya dikala kegelapan..
....
....
....
*skip punya skip*
TERIMA KASIH CIKGU.....

Ini hanyalah intro semata-mata. Aku ingat lagi ni lah sajak yang selalu sangat orang cakap kalau pasai cikgu.Mesti nak samakan dgn lilin kalau tak lilin pelita kalau tak pelita tah ape lagilah..hehehe..Tapi pada aku cikgu bukan lilin bukan pelita tapi cikgu adalah anugerah yang tak dapat disamakan dengan apa-apa..Cikgu jasamu sangat bernilai. Terima kasih cikgu..

Sangat banyak kenangan aku sebagai budak nakal baik dengan cikgu. Dulu kalau cikgu marah, cikgu rotan, kena berdiri atas kerusi, kena junjung buku jalan satu floor, kena tulis arab sampai beribu2, kena pukul dgn pembaris dan macam2 lagi  mesti rasa nak marah, tapi sekarang aku sedar..kerana semua itulah aku dimana aku sekarang. Terima Kasih cikgu...

Selalu ingat pesan mak..Jangan kutuk cikgu..Tapi kedegilan dan kemarahan menyebabkan aku kadang2 terkutuk juga cikgu..Bila keputusan keluar baru aku tahu kenapa?? Maafkan daku cikgu2 ku..

Kerana ibuku seorang guru sekarang aku faham. Jasa guru sangatlah tak terbalas. Sabar mereka. Tabah mereka. Rajin mereka. Semua hanyalah kerana nak tengok kami pandai dan kami berjaya. Saya sangat sayangkan cikgu saya.

Banyak nak tulis kalau nak di ceritakan tentang cikgu. Tapi apa yang PENTING..

Terima Kasih Cikgu..
Selamat Hari Guru....
untuk cikgu-cikgu Taski..
untuk cikgu-cikgu SK Jerantut..
untuk cikgu-cikgu SMKA TAHAP..
untuk cikgu-cikgu PLKN Kem Gambang..
untuk pensyarah-pensyarah Matrikulation IIUM..
untuk pensyarah-pensyarah IIUM..
untuk semua guru-guru...
untuk bakal-bakal guru...
dan teristimewa...
untuk MAK..dialah guruku dialah ibuku....

NOTA:NOTA:NOTA:NOTA
:::: Tanpa Mereka Siapa Saya ::::