08 August 2010

KLCC yang bosan. betul ke?

Yeah. Semalam, aku dan roomates ku telah pergi ke KLCC. ewah ewah. ayat aku macam nakbuat karangan masa darjah tiga je. huhuhu. Semua anak-anak tahu kan KLCC ada PC Fair semalam atau lebih senang bermula 6-8 August di KLCC. Yeah! Aku pon pergi dgn harapan nak cari sesuatu yang tak patut. hahaha. Senang cerita. Lebih kurang seperti membuang masa lah. hahaha. Kesian kat budak 2 orang tuh menemani aku. Ramai gila orang ok. 

Aku dah agak fah kalau PC Fair at KLCC mesti ramai gila. Kenapa korang suka pergi PC Fair ek? Ramai sangat orang susah kot nak beli barang. huhuhu. Lepas neh aku cadangkan kedai-kedai runcit dan kedai-kedai mamak tolong ar jual peralatan komputer. Susah kot nak beli dkt PC Fair yang ramai orang atau Low Yat yang sangat jauh dah semestinya ramai orang. huhuhu. Gila kuat bebel aku neh. Akhirnya aku tak beli ape2 di PC Fair.! ooyeah! kalau orang-orang kat situ tahu. Konpem mereka akan marah aku sebab meramaikan orangkan kan kan..

Then, Pergi solat asar dan kami sangat lapar selepas itu. Yeah! yeah! neh suka bila cerita pasal makan. Tengak gambar konpem boleh teka!!

Meat Ball Alfredo. Sebab dia aku suka KLCC. hahaha..
Kami yang suka makan.
Selepas dah kenyang seperti biasa kami pon berjalan-jalan tanpa niat untuk membeli atau lebih dikenali sebagai shopping tetapi biarkan gambar menceritakan...

Setiap kali ke Kinokuniya.

Kinokuniya suka je menghabiskan duit aku.!

Keperluan. No comment ok.
Saya terbeli. Saya jatuh hati dengan dia yang berwarna kuning.

Abaikan ini ya. Siapa suruh dia 50%. So i terbeli lah u....

Kemudian kami bertiga meneruskan perjalanan melawat KLCC. hahaha. Gila aku dah hafal dengan apa yang terjadi di KLCC> Tempat  itu sudah bosan. Tetapi hari kami berakhir dengan GEMBIRA.!! Terima Kasih kawan-kawan. 

Merka yang membuat aku gembira
roomate ku..





2 comments:

HaN WarreN said...

klcc x bosan..yang bosan dalam klcc tu....bwk rm100 cam bwk 10 hinggit je huhu...

AKU CHUN said...

hahaha..biasa lah tuh KLCC..susah kowt nak cari bende below rm100..hahaha..