Chun!

21 November 2011

Drama Korea ! Cerita Korea!

Cerita Korea

Cerita bermula, seorang perempuan miskin yang pelik, tak cantik, clumsy, selekeh dan sebagainya mesti tiba-tiba terlanggar kereta lelaki kaya, atau tertukar beg/handphone dengan lelaki kaya, atau terlanggar lelaki kaya sampai jatuh atau terbuat benda-benda pelik dan ditolong oleh lelaki kaya atau apa-apa yang boleh menyebabkan perempuan itu tiba-tiba akan ada kaitan atau lebih tepat pergaduhan dengan lelaki kaya tu. 

Lelaki kaya yang pertama mestilah seorang yang sangat kaya, orang yang menentukan ekonomi korea, orang yang mempunyai mak atau ayah atau makcik atau pakcik atau atuk atau nenek yang akan tidak merestui cinta mereka, orang yang sangat perfect, orang yang boleh cakap bahasa inggeris, mandarin, jepun, france dan apa-apa lagi bahasa dengan fluentnya, orang yang boleh buat semua benda, orang yang akan ada trauma dengan sesuatu perkara. Itu kisah lelaki pertama.

Cerita saya

Cerita tak pernah bermula, segala cerita dongeng korea tipu saya. Manalah ada lelaki kaya nak suka perempuan yang miskin, yang pelik, yang clumsy, yang selekeh dan macam-macam yang lagilah. Kalau ada yang nak pun satu dalam seribu kot. Entah! Lelaki kaya pun aku tak kenal. 

Cerita korea

Cerita bersambung lagi bila, lelaki kaya dan perempuan miskin akan bergaduh, tiba-tiba banyak pulak diorang bertemu, mudah je nak jumpa, jalan sana jumpa dan gaduh, jalan sini jumpa dan gaduh, pergi sana ada, pergi sini ada, jalan cerita akan asyik gaduh-gaduh-gaduh.

Cerita saya

Jumpa pun tidak. Masih tidak bersambung.

Cerita Korea

Lelaki kaya tu mesti ada hyung(abang) atau adik lelaki atau kawan baik atau sunbae(senior) yang kadang-kadang lagi hensem yang mesti akan baik dengan perempuan miskin tu nanti dan menjadi lelaki kedua. Kebiasaannya perempuam miskin tak tahu yang lelaki kedua itu ada kena mengena kaitan dengan lelaki pertama yang kaya pada permulaan ceritanya. Oh ya! Lelaki kedua tu mesti juga seorang yang kaya dan sama hot je dengan lelaki pertama dan kadang-kadang lelaki kedua lebih hensem!

Cerita saya

Lelaki pertama pun tak jumpa inikan pula lelaki kedua.

Cerita Korea

Cerita kisah cinta akan bermula, dari bergaduh, bila dah selalu terjumpa, buat-buat jumpa, menjumpa-jumpa. Lama-lama lelaki pertama akan suka dekat perempuan miskin dan lain-lain. Tetapi lelaki pertama takkan mengaku dan susah nak mengaku dan keep kacau-kacau-kacau perempuan itu. Di samping itu, lelaki kedua sangat baik, berkawan atau selalu ada untuk perempuan nak mengadu, nak mintak tolong dan nak macam-macam dengan lelaki kedua.
 
Cerita saya

Masih belum bermula. Teruskan menonton Korea

Cerita Korea

Oh ya! Terlupa pulak. Cerita Korea mesti ada perempuan cantik yang ada yang baik, ada yang jahat. Perempuan cantik mesti akan menjadi kawan baik kedua-dua lelaki dari kecik, atau senior/junior masa belajar, atau baik dengan ahli keluarga kedua-dua lelaki. 

Kemudian, kedua-dua lelaki akan/pernah/sedang suka dengan perempuan cantik dan kadang-kadang mereka juga akan/pernah/sedang berebut perempuan cantik.

Kebiasaaannya perempuan cantik, Walaupun dia taknak kedua-dua lelaki tapi sentiasa bagi harapan pada kedua-dua atau kadang-kadang berbuat terlalu baik dengan kedua-kedua lelaki.

Cerita Saya

Siapa lelaki taknak perempuan cantik dan baik serta perfect!

Cerita Korea

Bila dah banyak-banyak episod. Lelaki pertama sudah mula suka dekat perempuan miskin dan lelaki kedua juga tanpa disedari mula suka juga dekat perempuan miskin. Perempuan miskin akan suka dekat lelaki pertama je, dia hanya akan baik dengan lelaki kedua tanpa sedar yang lelaki kedua suka dekat dia kebiasaannya.

Cerita Saya

Pernah pulak terjadi dua orang lelaki kaya nak berebut seorang perempuan serabut kesimpulanya ni.

Cerita Korea

Akhir cerita biasanya akan happy ending, Lelaki pertama dan perempuan miskin akan bersama. Lelaki kedua dan perempuan cantik akan terus single. 

Cerita saya

Masih belum nampak jalan cerita.

Sekian, Terima Kasih.


:::Kata saya:::
Bilalah cerita tipuan Korea nak masuk dalam cerita saya?! Bila lelaki hensem, kaya dan tinggi nak muncul macam dalam cerita Korea ni! Haish!!!!

Apa-apa pun saya masih tengok Cerita Korea walaupun boleh teka ending. I Love Korea!!

2 comments:

azim ikin said...

haha... cerite kite same je wak. mungkin awak kene tukar jd warga negara korea dulu br blh cerite korea tu menjadi cerite awk.

AKU CHUN said...

Oh! Saya nak cerita saya jadi cerita Korea gak. Jom tukar jadi orang Korea. Boleh dapat lelaki kaya. hensem dan tinggi!