Chun!

19 February 2013

Budak yang sangat comel!

Hari tu kan, kite kan kite kan, kite nampak satu budak comel. *eh, apa heran* Alah tapi budak ni comel sangat, rambut kerinting megi, putih, tembam yang paling comel dia solat. *eh, ape heran* Alah. Tak heran sudah. Nak tunjuk gambar je. 


Tengok-tengok. Budak ni sujud.

Duduk antara dua sujud.

Tahiyat akhir siap senget-senget lagi.

Berdiri macam orang solat betul-betul walaupun tengah-tengah sejadah. Tak sempat pulak nak ambik gambar masa dia peluk tubuh. Maklumlah camera enset canggih sangat.

Tak berani nak ambik gambar budak ni depan-depan. Curi-curi dari belakang je. Nak tahu apa yang tambah comelnya budak ni. Dah lah solat tak pakai telekung, mulut siap terkumat-kamit lagi macam tengah baca bacaan dalam solat. Setiap pergerakan dia intai mak dia kat sebelah tu. Ye comel sangat.

Tengok-tengok. Rasa nak cubit je! hahaha. Tapi anak orang tu. Oke dah dah. Jom pergi solat. Budak kecik pun pandai nak solat.

No comments: