Chun!

08 September 2010

Balik Kampung??

Balik kampung dan raya. Memang sangat berkait kan kan kan. Okay sudah tak sabar nak balik kampung.


Tiba-tiba. Aku teringat lak kenangan nak balik kampung. Oh. Macam2 je terjadi masa kecik2 dulu kan kan kan. Mesti korang ada kenangan lah kan. Yang paling penting semua orang mesti rasa kelam kabut nak balik raya kan. Sangat happening. 


Aku ingat lagi. Masa aku kanak-kanak. Bila dah dekat nak raya mula lah sibuk2 jugak nak mengemas atau lebih dikenali sebagai menambah sepah. hahaha. kesian mak. Masa kecik mana lah aku pandai kemas bag sendiri. Yang aku ingat dulu selalu je..


"Mak, mana baju raya Ana..."
"Mak, mana stokin yang baru beli semalam tu...."

Agak2 itu cara aku kemas bag kan. Senang  dan sangat cekap. Terima Kasih mak.


Sekarang dah besar-besar nih. Kalau gatai2 ag nak tanya cam tuh memang kena. Tapi kadang2 ada gak aku buat. Sebab mak memang terbaik. Tanya je ape2..


"Mak. Mana brooch yang baru tu...."

Tengok. Tak tipu. Selalu je tanye mak. Kesian mak. Tapi tak per dahbesar neh dah selalu tolong mak. So ringankan beban mak sikit. hehehe.


Ini belum cerita di pagi raya. Macam2 lah yang terjadi. Ini baru cerita nak balik raya. Kelam kabut terjerit2. Bila dah besar masing2 yang paling risau if tertinggal HP..hahaha..apelah...Tapi tgk adik2 masih lagi perangai yang sama. Mak situ mak sini..hehehe...Abah tak cuti lagi. Nanti hari raya baru cuti. oh~ 

5 comments:

Humanity Life said...

Hahahah... menarik (berhati-hati bila balik kampung ye!)

Selamat Hari Raya Maap Zahir dan Batin buat Tuan Rumah serta para pengunjung semua.. (YiPpiEE Raya Nak dekat!)

Artikel terkini: http://humanitylife.blogspot.com/2010/09/piranha-3-d-2010-movie-stream.html

LiFe KaMi said...

Berhati2 balik kampung..

Selamat hari raya..

apik pehe said...

isk2..memag best waktu kecik dulu..
hehehe

yaniezayani said...

ana, ko di mana???
knp x gi tunang syepah??

aku chun said...

SElamat Hari Raya!~