Chun!

23 September 2010

Awak. Boleh tak saya nak curi awak...???

Saya cuba mencuri dia. Saya rasa saya sangat kekurangan dia sekarang. Saya perlukan dia lebih kepada saya. Saya sangat rasa dia semakin kurang. Awak boleh tak saya nak curi awak....MASA?
MASA yang saya maksudkan di atas adalah waktu atau time. huwarghhh..Stop menulis dengan skema tak hengat! 

Aku rasa kegilaan dah menghantui. Aku sangat buzy. Aku cuba nak curi masa untuk tengok wayang tapi tak kesampaian, aku cuba curi masa untuk masak nasi tapi tak kesampaian, aku cuba curi masa untuk siapkan semua assignment tapi tak kesampaian, yang PENTING aku cuba curi masa untuk tulis blog tapi tak kesampaian.. Apa nak jadi dengan aku neh.

Dulu aku sangat banyak membuang masa yang terbazir. Tapi sekarang di saat ini, aku berjaya mencuri sedikit masa untuk menulis blog. Maaf encik blog saya abaikan awak. maaf ye. Tapi encik masa neh laa. Kurang sangat.

Sekarang aku sedang menulis blog di lab, dan aku rasa sangat bosan. Aku perlukan kawan-kawan untuk bermain tapi mereka semua ada kelas. Kelas aku dah habis untuk minggu neh. Alhamdulillah. Tapi mereka yang suka bermain-main bersama saya semua tak abes kelas lagi. haish. Korang jom main layang-layang.!!

2 comments:

Nobita Sensei said...

tak baik mencuri~

Fane Davis said...

satu jak nasihat...hehheh....bijak-bijak bahagi masa k....tapi kira cun jugak tuh update blog kat lab.hehehe