Chun!

09 April 2013

Tekanan

Aku bukan jenis tension nak cerita kat orang, nak kecoh kecoh. Aku kalau tekanan, simpan je. Senyum depan orang. Senyum. Senyum. Tapi ada masa kalau tengok aku diam, muka sangat masam. Itu aku tengah tekanan lah tu atau marah.

Sekarang, aku sangat tertekan! Rasa bersalah dengan semua orang. Kecewa dengan diri sendiri. Asyik salahkan diri sendiri. Tapi tiada siapa perasan semua tu. Depan keluarga aku senyum je, depan kawan-kawan aku siap boleh gelak-gelak. Walaupun, masa taip ni dah nangis-nangis dah.

Kecewa dengan diri sendiri, tak boleh nak gembirakan semua orang. Rasa bersalah sangat dengan semua orang. 

Aku rasa aku dah banyak sangat menyusahkan semua orang. Tak mampu nak balas jasa semua orang. Tak mampu sangat!

Semua orang! Saya tak mampu nak taip nama korang semua. Aku tahu bila korang baca ni korang tahu siapa korang.

Terima kasih banyak-banyak-banyak!
Saya minta maaf banyak-banyak-banyak!
Halalkan semua-semua-semua ye!

No comments: