Chun!

27 July 2013

Soalan mereka

Soalan kanak-kanak. Susah hoi!

Tapi saya tahu mereka memang memerlukan jawapan. Walaupun soalan mereka sangat kelakar atau tiada logik atau tak perlu tanya. Sejak menjadi cikgu ganti dah bermacam-macam soalan saya di tanya.

"cikgu, ada tak ular yang tak berbisa"

"cikgu, ular sawa tu besar ke?"
"cikgu, kenapa kena tasmik?"

"cikgu, kenapa kena belajar?"

"cikgu, kenapa Darwisyh tidur?"

"cikgu, bila nak balik?"

"cikgu, ada tak bola bentuk lain?"

"cikgu, nampak pensel saya tak?"

"cikgu, bila kita nak balik?"

"cikgu, kenapa gambar ni macam ni?" 

"cikgu, apa ni cikgu?"

"cikgu, macam mana nak guna ni cikgu?"

"cikgu, macam mana cikgu pakai tudung ni? mak saya tak pandai nak pakai" - tanya seorang kanak-kanak lelaki tentang tudung bawal.

"cikgu, kenapa baju cikgu basah?"

"cikgu, cikgu dah kawin?"

"cikgu, kenapa cincin cikgu besar?"

"cikgu, cikgu suka Thor ke Captain America ke Hulk?" - Masa ni cikgu pilih iron man dan gaduh dengan budak Iron Man paling kuat. 


Nampak macam simple. Sila bayangkan diri anda dikerumuni kanak-kanak kecil sambil bertanya dalam satu masa. Kau tengok, kau tengok, kau tengok! Itu sikit je soalan tu. Dalam satu kelas je. Silal bayangkan sehari ada 3 atau 4 kelas. dan ianya melibatkan kanak-kanak. 

Aku jawab semua soalan ok. Semua. Sebab dari dulu dah aku pernah terbaca, setiap soalan kanak-kanak mereka memang memerlukan jawapan. So, jawab je lah.


No comments: