14 December 2012

Ini sebabnya

Ini rupanya. Ini rupanya kerja mereka!


ye anak-anak. Tengok gambar betul-betul, awan tu cantik kan?! Sila cakap ye. Oke sekarang fokus  kepada 2 orang lelaki di dalam gambar, sebelah gulungan kabel besarrrrrr punyaaa. Sebab kerja-kerja yang mereka lakukanlah elektrik tak ada. Tapi satu je mereka bagus, cakap 3 hari takda elektrik tapi hanya 2 hari tak ada. Yeah!

Ye gambar tak cantik, ambik dari tingkap bilik guna camera semakfon aku!

12 December 2012

12 12 12

Duduk rumah

elektrik tiada

bateri laptop tiada

duit tiada

duduk diam-diam.

diam sangat-sangat

cuba untuk guling-guling

diam semula

cuba untuk bangun

melawat tandas

melawat dapur

kembali duduk diam-diam

sediam-diamnya


Kesimpulannya, ketiadaan elektrik boleh mengganggu kewarasan seseorang.

Siapa kata tarikh 12 12 12 ini istemewa aku ketuk kepala sorang-sorang. Serius kehidupan aku seperti di atas.

27 November 2012

Terima Kasih KOTEX!


Pernah tak terfikir, sekotak  besar KOTEX OVERNIGHT WING 28CM (16's X 24packs) dan Pantyliner Regular Unscented (20's X 24 Packs) akan dihantar secara percuma olen Mr Posmen? Saya tak pernah. Tak tipu.

Namun, setelah beberapa hari mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali, kedua-dua perkara di atas muncul. Ia benar.

Tindakan saya yang sememangnya suka menjawab survey dengan sangat ikhlas telah menyebabkan saya terpilih sebagai penerima bekalan setahun KOTEX. Terima kasih KOTEX! Tak sia-sia guna selama ni.



Nampak segalanya benar. Tidak sia-sia menjadi peminat Kotex setelah lautan cetek saya tempuhi. eh! Hahaha. Cakap jelah dah macam-macam produk kau cuba!


Selapas ini, boleh menggunakan segala kelebihan yang di offer KOTEX berbanding jenama lain selama setahun. KOTEX terbaik ok!

01 November 2012

baru tersedar

eh dah November!

Kena buka mata. bangkit!

dah tak boleh tidur-tidur.