11 April 2012

[IIUM] setiap hari exam

IIUM Online,
seorang sis ( first year, first sem mungkin ) bertanya,
Lebih kurang begini bunyinya,

"Kalau exam sehari ada 2 paper, pukul 9 pg dan pukul 3 nak complaint dekat mana ye?"

Aku baca dan berkata "pergggghhhhhh" sorang-sorang. Budak ni mesti tak tahu lagi keunikan UIAM. Itulah salah satu keunikan dan keajaiban uiam dalam menghasilkan pelajar-pelajar terbaik dunia ( kan dah macam ayat Majalah 3 dah aku ni). 

Masa, Ketika, Waktu, aku baca soalan tu aku rasa nak tulis panjang-panjang penjelasan tentang keunikan dan keajaiban IIUM. Kesian adik tu tak faham kot. Tapi, aku cuma menulis, "Exam sehari 2 paper itu perkara biasa", ye Alhamdulillah mendapat beberapa like dari yang bersetuju mungkin.

Wahai Sis yang bertanya,

Sila jangan complain tentang exam sehari 2 paper. Sesungguhnya itu adalah perkara biasa bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana kami yang dah lama dan dah nak habis atau yang telah habis telah melalui semua itu dan kami berjaya di mana kami sekarang!
Bersyukurlah kerana hanya sehari 2 paper. Sebelum ini kami telah berpengalaman 5 paper dam masa 4 hari, tidak termasuk 2 paper hari ini dan satu paper pagi keesokkan harinya. Semua itu normal apabila anda adalah pelajar IIUM.

Di sini, saya ingin mengingatkan kepada sesiapa yang terbaca blog ini dan anda bakal menjadi student IIUM. Tolong bersedia dengan apa jua kemungkinan. Sekian, terima kasih.

::::: Jangan lupa baca ini ::::::
Saya tulis berdasarkan pengalaman. Cerita Uni lain saya tak tahu macam mana jadual examnya.

3 comments:

Dayang Deno said...

memang takut kalau sehari ada lebih 2 paper exam! kena prepare betul2!! :p

cik ungu said...

pelis lah..

student iium sehari 2 paper tu pun da tahap cikai.

ada je yang pernah sehari smpai 3 paper. sampai ke malam examnya. padan muka orang tu.


admin yang arrange schedule tu mmg dah cukup iman agaknya.

AKU CHUN said...

Deno : takut memang takut. Tapi bagi student UIA. Itu perkara biasa.

Cik Ungu : Setakat sehari 2 paper. Senang je kan! Admin uia kan nak latih tahap kehebatan student uia.