Chun!

13 September 2012

Kematian

Insaf tak insaf. Dah berbulan tak update blog tiba-tiba update tentang kematian? Insaf. Tunduk kepala, silangkan tangan. 

Sepanjang bulan Syawal yang belum berakhir ni banyak pulak berita kematian yang aku terima. Dari sedara mara yang aku tak kenal tapi parents cakap sedara, dari kawan yang kehilangan ayahnya, seorang adik yang kehilangan kawan yang baik. Innalillah.

Setiap kali dengar tentang kematian boleh buat aku berdebar. Terkejut. Berfikir. Aku dah bersedia ke untuk mati? Kita tak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ni.

Dah cukup ke amalan aku, persediaan aku untuk menghadapi kematian? Solat pun aku lewat-lewatkan, dahlah bila solat laju-laju pula tu.  Solat sunat tak pernah nak buat. Aurat pun aku tak jaga. Masa diisi dengan cerita Korea je. *aku tak bergangnam ye* Dosa dengan abah, mak , adik-adik, kawan-kawan, semua aku tak mintak ampun lagi. Kerja tak jumpa lagi. Hutang tak habis bayar lagi. *ptptn paling banyak*. 

Bila difikirkan, tak ada masa untuk aku cakap belum bersedia bagi semuanya, hakikat sepatutnya bermula sekarang tapi itulah manusia. Aku juga manusia. Insafnya hanya sementara. 

************

Duduk rumah sambil mencari pekerjaan kadang-kadang sangat membosankan. belajar menghargai masa bila memikirkan yang bila dah bekerja tak ada masa nak meniarap sambil tengok cerita korea 20 episod dalam masa satu hari. eh. Insaf wey!

1 comment:

cinta siswi said...

it's good to remember mati tapi jgn minta kematian sebelum smpai ajal kita..

#someone said to me.. :)