24 June 2011

Practical Training

Alhamdulillah. Praktikal saya selama enam bulan di Zulkfali & Co dah berakhir pada minggu lepas bersamaan 17 Jun 2011. Alhamdulillah. Sekarang saya telah menjadi pelajar semula. ooyeah!

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Encik Bos sebab saya berpeluang habiskan praktikal saya di tempat dia dan tidak lupa kepada Encik/Cik/Puan Staff di tempat saya tumpang berpraktikal sebab banyak membantu dan ajar saya macam-macam. Dan kepada kawan-kawan yang banyak membantu di office Anish Sulaiman yang cantik dan Dot Dot.

*menarik tak tulisan saya! Macam tulis reportkan kan kan* 

Akhirnya, setelah enam bulan saya bangun awal, tidak tidur selepas solat subuh, berlari-lari ke bus stop setiap pagi mengejar bas, mencarut ketika bas lambat, membebel jika ditinggalkan bas, membeli air kotak susu dutchlady strawberry, makan nasi lemak sedap pagi-pagi, berdiri sorang-sorang tunggu office buka jika sampai awal, main minesweeper sebelum tazkirah, buat kerja tanpa henti sampai lunch, sambung bekerja selepas lunch, menjadi penunggu jam 5.30, dan berlari-lari mengejar bas untuk pulang, berjumpa kawan-kawan sepraktikal, bersembang-sembang bising di bus stop. Oh itu kehidupan. *panjang kalau nak diceritakan*

Oh. Masa praktikal lah saya baru sedar yang UIA Gombak ke Sri Gombak mengambil masa sejam jika menaiki bas. bermula dengan setengah jam T 231 dan beralih ke T 203! Tapi nasib saya ada kawan-kawan yang selalu ada di bus stop bersama saya. Yang membuat bising bersama-sama saya di bus stop di Sri Gombak, yang rajin pergi makan selepas balik kerja. Oh! Mereka. Iking, Aing, Alya, Yaa, Tim. Sebab mereka saya tidak bosan!

Cerita kat office? Biasa je. kerja, kerja, kerja, kerja, kena marah dengan bos, kerja, kerja, kerja. Oh! Boleh tak nak submit blog dekat lecturer. Malas nye nak buat report dan saya sepatutnya buat report sekarang! 

Apa-apa pun yang penting, walaupun saya tahu mereka di office tak baca blog saya. Tetapi saya nak ucap juga. Terima Kasih Banyak-banyak-banyak-banyak!!! Ia memang bagi saya pengalaman!

4 comments:

Unknown said...

hooyeah ! daa habis praktikal ea? sem bpe ea kamu praktikal?

Anonymous said...

congratz ana baha!! =)

kikin said...

ahahahahaha!! kate nk kopipes aku punye. tahniah awakkk!1

AKU CHUN said...

SitiZaleha: hemm. sem banyak2 praktikal. huhuhu.
Nournadia: Tengs Farah!!
AzimIkinggg: hahaha. rajin pulak saya menaip!!