11 November 2011

Hancur!

"baldi penuh - air melimpah - akak tidur - kapet basah"
Faham tak faham? Agak-agak encik lah kan. Apa aku mencarut secara tiba-tiba setelah bukan main lama tak update blog. hahaha. Meh sini aku nak terangkan wahai encik blog. 

Cerita bermula apabila seorang budak tahun lima di rumah saya mahu menceritakan sesuatu.

 Dia dengan penuh bangganya cerita." kak ana, kak ana. baldi penuh - air melimpah - akak tidur - kapet basah " .

Aku dengan penuh kasih sayang, " hahaha, patutlah penulisan tak dapat A"....sambung gelak panjang-panjang.

Wahai adikku, kalau macam ni lah cara nak cerita. Adeh! Masalah besar ni. Tolonglah sambungkan perkataan-perkataan menjadi ayat yang betul. Boleh pulak dia cerita isi-isi penting je. Salah siapa ni. Aku rasa cikgu-cikgu BM dah  buat yang terbaik dah. Aku belajar BM dulu elok je cikgu ajar. tapi kenapa! kenapa wahai adikku!

Mula-mula kejadian aku rasalah  lawak, tapi bila aku fikir-fikir, mak aku mesti hantar adik aku pergi tuition masa cuti! Aku tak sanggop dengar cerita perkataan-perkataan tak bersambung lagi. Oh.

5 comments:

Hana said...

ringkas dan padat

erleena said...

haha umo nya bapaaa , hah itu ckup tsirt , akk nye pndai pasty phm HAHA

GojesYoja said...

huhu..ok la 2..bnda yg di sampai kn org fhm

kikin said...

tu die tak buat karangan, die buat summary je. buat ayat2 pjg, nnt kene tolak markah plak.

AKU CHUN said...

hahaha. entah pape je kan.
dah besar dah. darjah lima boleh plak buat ayat giu.