Chun!

30 June 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah.
Akhirnya persoalan semua orang bila aku nak habis belajar dah terjawab. Habis juga degree aku. 

Masa aku lepas SPM, semua orang tanya "Lepas ni sambung mana?", Semua orang ni tak faham ke dengan fakta tunggu offer matriks ke UPU ke STAM ke STPM ke ? Tak perlu tanya sambung mana. Ada rezeki dapat aku pergi.

 Masa aku tengah belajar, semua orang tanya "Bila nak habis" "Kenapa Ana tak habis-habis", Semua orang ni tak faham ke dengan sistem, takkan lah aku 2 tahun masuk UIAM dah boleh dapat degree, logik apa aku belajar 6 tahun matriks uia campur degree aku. Tak payahlah tanya soalan yang sama setiap masa. 

Masa aku dah habis belajar (sekarang), Semua orang tanya "Sambung master ke?" "Dah cari kerja" "Kerja apa lepas ni" "Ambik ACCA pulak ke?", Semua orang ada perancangan mereka untuk aku. Susah betul. Agak-agak diorang ingat master dan ACCA tu benda senang kot. Degree aku habis pun sangat alhamdulillah. Soal keja, aku bukan tak cari, tapi belum rezeki lagi tu. Doa-doakan jelah ye.

Kesimpulan aku dapat, selagi korang tak rasa apa aku rasa korang takkan faham. So, langkah pertama aku nasihatkan korang daftar amek BACC kat UIAM. 

Semua orang di atas adalah "semua orang yang terlibat"

2 comments:

cik ungu said...

dan bila semua orang tanya 'bila nak habis? bila nak habis? bila nak habis?'..aku rasa nak tampar pipi sorang-sorang walhal mereka saudara sendiri.


mereka tak tahu sistem uia sungguh berpuaka. bacc pula.


oh. tahu x dengar kata next sem, bacc tambah lagi 10contact hours.wajib utk dpt dgree.


aku harap adik2 kita keluar uia masih bernyawa.

AKU CHUN said...

Ya! Ayat semua ni memang datang dari saudara sendiri. Kau pun kena yang sama. Tahniah!