10 June 2012

Kehidupan dah bermula ke?

Last saya post birthday saya, sekarang saya di sini menulis lagi sebagai seorang yang baru habis exam dan sedang menunggu result dengan penuh ke-nervous-an.

Sebelum itu, apa yang paling mencabar bila habis belajar adalah mengemas barang-barang yang super banyak! Ingat senang. Entah mana nak buang, entah mana nak simpan. 

Proses mengemas sy dimulakan dengan mengemas buku-buku dan kertas-kertas, ye saya manusia suka bawak kertas ke kelas dan membazir kertas, *maaf pokok*. Boleh nak dijadikan cerita, masa mengemas kertasatadi saya ter-tacing sorang-sorang. Setitik dua air mata keluar juga la. *malu*. Cerita terjadi bila saya mengemas kertas dan terjumpa serta terbaca 'YM' kami, kanak-kanak comel di dalam kelas sepanjang saya belajar di UIAM ni. Sambil membaca otak kacau saya, dia cakap "kau dah susah nak jumpa diorang dah". Mestilah saya tacing. Sedih oke. Kawan-kawan jika anda baca, tolong lah terharu. *gambar takda pulak YM kita tu, malu nak ambik, ada yang private. Ehem.

Then, selesai membuang sekotak besar bersama kotak-kotak kecil, serta kotak-kotak kasut. *ye memang kotak-kotak kasut* saya tak tahu kenapa banyak.

Saya meneruskan proses pengemasan dengan melipat baju kurung ke dalam beg. Mencabar! Saya baru sedar bahwasanya, saya ada sangat banyak baju kurung tetapi yang saya pakai hanyalah 3 atau 4 pasang sahaja. Pemalas. Saya memilih baju yang boleh dipakai tanpa digosok setiap kali hendak ke kelas.

Proses mengemas di teruskan dengan memasukkan semua pakaian ke dalam beg. Itu saya lagi tak faham. Beg tak muat dan tak cukup. Bagaimana pakaian boleh wujud di sini??? Bukan salah saya. 

Lupa nak ambik gambar beg sy yang super banyak, kotak lagi lah. Fuh! 3 kotak wa cakappppppp. tapik kotak buku satu je. hahaha. satu lagi kotak beg  dan kasut. Perempuan~~~~

Selesai mengemas, family sy datang ambik barang sy. Ikutkan rindu saya nak belik dengan mereka, tapi terpaksa bersabar kerana ada perjanjian nak mengeluarkan diri ebrsama kawan-kawan tersayang esok!

Alamak! Dah sedih nak kena tinggalkan UIAM. Saya sayang UIAM. Tak tipu!


No comments: