Chun!

18 May 2020

Masih dua kosong dua kosong

Tahun yang semua tunggu-tunggu dan tak akan lupa.

1. Pandemic. Covid-19.

2. Kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 dan as at hari ni sampai 9 June 2020. Masa PKP 1,2,3 kena duduk rumah, tak boleh keluar lebih 10km. Bila PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) okay sikit lah, boleh keluar daerah, negeri masih tak.

3. Bakal raya sendiri tanpa abah, mak dan adik-adik. Aku tak pernah terfikir kena raya single tanpa mereka kecuali kalau aku di London. Ini aku di Selangor je pun. Terpisah negeri.

4. Mula kerja baru, lepas sebulan start kerja, PKP pun start juga. Aku wfh lagi lama dari aku masuk office.

5. Aku masih gemuk dan semakin gemuk. Aku redha.

6. Adik aku nikah today, aku tak boleh attend pun.

Okay dah tua kita tulis blog macam notes dalam phone je. Cukup. Tua sikit lagi tulis password dekat blog.


Tak tak. Orang tua macam aku tak vlog. Tak weh tak.