08 May 2010

kenapa Perlu Bosan !

Sewaktu title di pilih mood penulis sangat bosan! ya i know!

"nape tak keluar"
"nape tak tgk movie"
"nape tak tidur"
"nape tak layan facebook"

tolong ar jangan ulang soalan itu lagi. Sesungguhnya aku bosan. Cuba tanya sesuatu yang boleh hilangkan bosan.
Contohnya :

"Nape tak boleh garu hidung dengan siku"

"Nape bangau semakin kurus"
"Nape katak sudah tidak berbunyi selepas hujan"
"Nape pokok bonsai tak bergoyang di tipu angin"

ha! baru mencabar minda. barulah seronok. baru tidak bosan nk jawab..

tetapi....
kalau anda mahu lebih mencabar soalannya.. Cuba tanya :

"Berapa kali ingat ALLAH hari ni"
"Berapa kali ingat mati hari ni"
"Berapa kali buat maksiat hari ni"
"Berapa kali mengumpat hari ni"
"Berapa banyak dosa hari ni"


Ha! kalaulah soalan ni yang di tanya..
Adakah masih mampu untuk berasa bosan?


::NOTA:NOTA:NOTA:NOTA::
Tepuk dada tanya iman!!

06 May 2010

Benda Pelik Jangan Tegur!

"Benda Pelik Jangan Tegur "
 
Sejak kecil lagi selalu je orang  cakap macam tu kan terutama sekali kalau tengah2 malam. Mula2 aku ingat kejadian pelik nie berlaku di alam yang nyata je tetapi sejak kebelakangan ni di alam maya pon aku banyak je jumpa benda2 pelik.hish! kan da cakap jangan tegur.Aku rasa ni kot akibatnya kalau online samapai tengah2 malam. Tapi takper. Aku takkan tegur. Tapi aku ambik gambar jer....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 ini terjadi bila aku cuba post status kat facebook.
Aku tak pernah jumpa, so aku pelik..

Kemudian...satu lagi kejadian pelik...

aduh! kenapa chatbox facebook tak berfungsi tiba2...


Kejadian2 di atas adalah kejadian pelik yang terjadi. Aku tak tegur aku ambikgambar jer..
Tapi ye ker pelik? or aku  jer rasa pelik ???

05 May 2010

Tidur Lewat,Bangun Awal..

Tidur Lewat..Bangun Awal....Mampukah anda?
hahaha.siap nak ada juga tanda soal tu.Mantap!


Sejak kelas aku bermula seawal jam 8pagi ni aku sedar bahawa bangun pagi itu sebenarnya seronok!

hahaha...sebenarnya ada sesuatu ingin kusampaikan tetapi akan kupendam sampai berjaya mengarang ayat yang sesuai dengan tajuk diatas okay!

so sekarang sebagai manusia yang ade kelas pada pukul 8.
di sini saya menyeru rakan-rakan dan kanak-kanak.

Tidurlah awal kerana seseungguhnya tidur awal itu sangat seronok rupanya!

04 May 2010

Aku Suka BM!

hahaha...title tak ley blah! ini kalau cikgu-cikgu BM aku dulu dan sekarang baca semestinya aku akan dapat A untuk subjek BM aku..hahaha!!

Aku tak tahu ar muka aku dalam kelas BM td blur tahap ape.

kata majmuk, kata tunggal, kata ganda, kata terbitan *apekah?*

pernah ke aku belajar semua tu? sejak bila.zaman ape?bila? bila? huk huk...

sekarang aku sudah faham kenapa bahasa melayu ni jadi susah!

Dulu aku belajar :
rukun negara
Sekarang aku belajar :
rukunegara

Dulu aku belajar :
Keluarga
Sekarang aku belajar :
famili


Nampak tak perbezaannya? bukan aku tak pandai BM tapi kalau BM sentiasa berubah macammana aku nak jadi pandai. Last aku belajar BM untuk SPM 2005 dan sekarang dah tahun 2010 aku baru nak belajar semula... sangat banyak perubahan!

Aku bukan tak suka perubahan. Tapi kalau sentiasa diubah sampai menyusahkan dan sampai menyebabkan orang hilang respect pada bahasa kita sendiri ADAKAH PERUBAHAN ITU MASIH LAGI PERLU?

Persoalan Aku Sekarang :
1) Adakah perlu 'memelayukan' perkataan bahasa inggeris sedangkan Bahasa Melayu itu sendiri sudah unik dan maknanya sangat jelas?
2) kenapa bahasa melayu sentiasa berubah?
3) Kenapa mesti malu dengan bahasa kita?

hahaha...sangat serius aku tulis entry ni. Inilah akibatnya bila aku ambil subject Bahasa Malayu.
Aku bukan tak suka inggeris atau tak pandai Bahasa lain..tapi.....

Kenapa Mesti Nak Malu dengan Bahasa sendiri sehingga nak terikut2 bahasa lain sampai menyebabkan perubahan??
ini blog aku. aku hanya meluahkan apa yang aku rasa! jangan ambik ati. kalau tak setuju simpan je. aku tak nak tahu.. okayy~~