26 June 2010

hari-hari tulis blog

Dear Blog,
hari ini aku menulis lagi di sini. Ku gagahkan jari untuk menekan keyboard, kukuatkan semangat untuk menulis blog, dan kuperah otak untuk entry terbaik. 

kah kah kah...Gila ah..Kalau lah aku berjaya tulis 3 perenggan ayat macam ayat di atas semestinya aku akan sakit perut kerana gelak dan katakanlah encik blog ni berperasaan berakal fikiran semestinya encik blog akan gelak guling-guling tepuk-tepuk lantai, lompat-lompat sambil tepuk-tepuk perut buncit (abaikan). 

Pada aku, bila nak mula menaip introduction memang aku tak tau  nak tulis ape. Lagi-lagi nak tulis tajuk. Tapi bagi orang yang kononnye pemalu macam aku neh memang macam neh. Aku kalau dengan orang yang tak kenal gila ah susah nak cakap nak sembang tapi tak sampai 6minit 23saat aku dah boleh bertepuk tampar. Janji orang lain kena start conversation dulu. 

Samalah macam aku nak tulis blog neh. Mula-mula nk tulis satu entry lebih dari 7 minit 59saat aku pikir, tapi bila aku dah tulis berperenggan-perenggan aku tulis. Aku memang suka membebel , bercakap, melalut, mengarut, mencarut tidak dan tengoklah susah je nak stop. Maklumlah "Perut kenyang suka hati" motif??hahaha..

Sekarang aku dah menulis perenggan ke-4 untuk entry aku kali neh, walaupun aku melalut tapi aku berjaya menaip. Biarlah orang cakap kalau tak ada ape nak tulis jangan lah update tapi nak buat macam mana aku memang suka melalut. Takpelah aku bukan ada fan nak baca blog aku. Aku tulis personal blog je. Siapa sudi baca. Sila-sila jemput-jemput.. Aku tak kisah. Aku berbangga jika tahu ada yang sudi baca blog aku. Terima kasih.

Encik Blog,
Sampai sini saja coretan saya untuk kali ini. Terima Kasih kerana membenarkan saya menuilis di sini. Terima Kasih kepada yang sudi membaca. Sekian Terima Kasih.

NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:
:::: Bersedia menerima kutukan :::::

9 comments:

ravishingpeacock said...

haha sedar xsedar da siap 1 post..taktik mengelirukan pihak lawan ni haha

AKU CHUN said...

hahaha..terbaekk kan kan..

ravishingpeacock said...

mmg terbaek! hehe

Nas said...

saya baca...ehehehe

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

aku pun rse begitu.benda paling susah nak tulis blog ini ialah masa nak tulis introduction.

the Jackal said...

err....



hmm....



lepas tuh ape jadik??

AKU CHUN said...

terima kasih kepada yang membaca..hahaha..

tau taper tulis intro susah wooo...

ek eh..ape yg nk jadi neh?

the Jackal said...

cube try tanya kat cik puan penulis blog neh..ape jadik lepas tuh??

AKU CHUN said...

hahaha..beta tak ada jawapan laa..hahaha..